FanFiction : I Want You ( chapter 10)



Pagi itu, aku seperti biasa. Aku dan Cheondoong akan ke sekolah bersama dan berpisah bila sampai di pagar sekolah. Aku ternampak Eli yang sedang berseorangan. Mana IU ? oh, aku terlupa hal semalam. Aku terus naik ke kelas dan aq lihat IU termenung. Segera aku mendekatinya.
"IU, kau okey?", IU hanya membalas dengan senyuman
"Kau terima Eli?", soalku dengan hati yang teruja ingin mendengar jawapannya.
"Tak",
"Kenapa ?", aku mula pelik. tak mungkin IU tolak.
"Takkan aku nak terima dia. Kau kan dah lama sukakan Eli, aku anggap dia sebagai kawan je", aku tersentak. Aku fikir, selama ni IU ingin merampas Eli. Sebenarnya, aku lah pengkhianat kerana aku bersama Cheondoong. Hatiku diselubungi rasa bersalah.
"Aku tak kisah, aku dah boleh terima hakikat kalau Eli ditakdirkan untuk kau", aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku katakan.
"Tak, aku masih sayang kan Cheondoong.", kesedihan jelas terpancar di wajahnya. Apa yang patut aku lakukan? Aku baru sahaja bahagia bersama Cheondoong. Patutkah aku mengundur diri?


Ketika pulang dari rumah, aku menatap surat daripada Dr.Kim. Aku berfikir sejenak. Pembedahan itu mungkin gagal dan aku akan mati. Jadi, biarlah Cheondoong bersama IU. Aku menandatangani surat itu tanda setuju. Selepas itu, aku terus ke dapur untuk serahkan surat itu pada omma.
"Suzy setuju?", aku hanya mengangguk lemah.
"Kita berangkat minggu depan",
"Cepatnya!", aku tidak sangka secepat itu aku pergi. Aku mengambil keputusan untuk berbincang dengan Cheondoong hal IU. 


Aku ke rumah Cheondoong. Hatiku tidak tenang memikirkan respons dari dia. Sampai di sana, aku lihat dia sedang bermain bola di halaman rumah.
"Suzy, masuklah. Pagar tak berkunci.", Dia memanggilku dari jauh, aku terus mendekatinya.
"I miss you~", katanya dengan manja. Aku tersenyum sambil menahan sebak. Aku akan merindui wajahnya yang comel tu.
"Cheondoong~", aku terus memeluk Cheondoong seolah-olah aku takkan lepaskannya. Tapi aku terpaksa. Aku menangis sepuasnya.
"Suzy, saya berpeluh.", bisiknya. Memang dia berpeluh. Tapi aku kisah kerana itulah pelukan terakhirku.
"Saya tak kisah",
"Tapi omma saya kisah", aku segera meleraikan pelukanku. Patutlah dia berbisik. Aku menjadi malu. Aku lihat omma Cheondoong tersenyum melihat kami.
"Suzy, are you alright?", tanya Cheondoong sambil mengusap air mataku. Aku menggenggam erat kedua belah tangannya.
"Kita kena berpisah", berat untuk aku mengeluarkan kata-kata itu.
"Kenapa?", Cheondoong mula meninggikan suara. Dia memegang bahuku.
"IU still loves u", aku tunduk. Aku tahu Cheondoong pasti marah kalau aku korbankan diri demi IU.
"Awak selalu fikirkan dia. Dia kan da khianat awak!",
"Tak! Dia tak bercinta pun dengan Eli sebab dia masih sayangkan awak! Saya rasa bersalah kalau kita teruskan hubungan ni", aku geram dengan Cheondoong yang susah nak memahami keadaanku.
"I don't want her, I want you", kata Cheondoong dengan tegas.
"Kau nak habiskan masa dengan orang yang dah nak mati macam aku ni ke?!", aku tolak badan Cheondoong dengan kasar dan terus berlari ke rumah. Aku harap, ini lah perkara terakhir yang membuatkan aku menangis

0 comment (s):

Post a Comment