FanFiction : I Want You ( chapter 8)



Hari ni, aku segera keluar dari rumah. Ada sesuatu yang penting yang perlu aku cakap dengan Cheondoong. Di sepanjang perjalanan ke skolah, matakui meliau mencari dia. Tiba-tiba dia muncul di hadapanku. Aku hampir terlanggar dia.
"Aku ada sesuatu nak cakapkan pada kau", aku mulakan ayatku.
"Cakap je lah", kata Cheondoong dengan matanya yang bersinar. Kami sama-sama melangkah berjalan ke sekolah.
"Aku terima kau", kataku tanpa ragu-ragu. Aku terima dia kerana Eli bakal menjadi milik IU, jadi tiada sebab untuk aku terus menunggu.
"Suzy!!", Cheondoong nampak begitu gembira dan terus memelukku. Aku pula berasa malu dengan orang memandang kami.
"Gomawo~", dia berbisik padaku. Aku hanya tersenyum dan memeluk lengannnya.


Sampai saja di sekolah, aku segera meleraikan pelukanku.
"Kenapa?", tanya Cheondoong .
"Nanti orang nampak", Cheondong faham. Aku tak mahu IU tahu tentang hubungan kami. Cheondoong begitu hampa. Aku cuba mencari idea agar dia tidak kecewa.
"Kite balik sama-sama , tunggu tau", kataku sambil tersenyum comel. -agaknya- dan terus berlalu pergi.


Sampai di kelas, aku lihat IU sudah ada. Aku teringat tentang Eli. Adakah Eli sudah meluahkan perasaanya?
"Hye, da siap homework?", tanyaku dengan harapan dia akan memberitahuku tentang Eli.
"Dah, semalam dengan Eli", jawapnya sambil tersenyum. Aku rasa, takperlulah cakap yang dia bersama Eli malam tadi. Aku hanya menggaguk w'pun hatiku rasa sakit.
"Kau dan Eli in relationship?", soalku dengan teragak-agak.
"Taklah, kalau ye pun, kau tak kisah kan ?", aku rasa tercabar dengan soalan IU. Aku hanya menggeleng.



3 weeks later~


hampir sebulan aku bersama Cheondoong. Aku terlupa tentang Eli. Ah! lupakan dia. Buang masa aku menunggu orang yang takkan menjadi milikku. Cheondoong pula melayanku denagn baik. Rasa teruba luka di hati. Namun, aku tetap rasa bersalah pada IU. Sampai bila hubungan ini harus dirahsiakan?
Pagi itu, seperti biasa aku samapai di kelas dan IU terlebih dahulu ada di situ. Sebaik aku meletakkan beg, IU memndang tepat kearahku. Aku jadi berdebar. Mungkin IU sudah tahu hubungan aku dengan Cheondoong?
"Suzy, ada sesuatu yang aku perlu cakap, harap kau tak marah.", aku senyap dan menunggu apa yang IU ingin sampaikan. Aku cuba berlagak tenang .
"Eli kata, dia cintakan aku", jantungku berdegup kencang. Tak sangka Eli sudahpun luahkannya. Aku hanya mengangguk dalam masa yang sama, aku bersasa keliru dengan perasaan sendiri. Patutkah aku marah?

0 comment (s):

Post a Comment