FanFiction : I Want You ( chapter5)

 

20 Feb

Hari demi hari, hatiku semakin sakit melihat IU yang begitu rapat dengan Eli. Bukannya IU tak tahu yang aku sukakan Eli. Namun, aku biarkan sahaja mereka asalkan IU & Eli bahagia. IU juga ada sedikit perubahan. Mungkin dia dah mula lupakan Cheondoong.
"Aku nampak, kau rapat betul dengan Eli", aku menegur IU yang sedang tekun menulis.
"Aku selesa kawan dengan dia",kata IU sambil tersenyum. Hatiku bertambah pedih.
"Untuk ke-100 kalinya aku bagitahu kau, aku sukakan dia.",kataku dengan tegas.
"Kenapa kau tak bagitahu dia? Kau tak berani kan?", soal IU.
"Ya ! memang aku tak berani. Kalau aku cakap dekat Eli mesti dia takkan sekolah disini lagi dan bencikan aku. Aku lebih rela tak memilikidia daripada kehilangan dia!",ayatku sudah cukup menjelaskan betapa sayangnya aku pada Eli dan betapa kejamnya IU yang merampas kebahagiaan aku. Aku terus berlalu dan ingin berseorangan.


Aku cuba tabahkan hati. Aku cuba memikirkan tentang penderitaan IU selama ini. Apalah sangat penderitaan yang aku lalui berbanding IU. Sekurang-kurangya aku masih ada ibubapa dan mempunyai kakak yang baik. Mungkin Eli adalah orang yang dapat menggantikan Cheondoong. Aku cuba untuk senyum agar hati ini tenang.


"Suzy", seseorang menegurku dari belakang. Aku segera berpaling dan Cheondoong duduk di sebelahku. Aku segera menyeka air mata yang berhenti mengalir.
"Kau nangis?", -soalan bodoh daripada Cheondoong
"Aku tengah ketawa, tak dengar ke tadi?", Cheondoong hanya tersenyum.
"Budak baru tu, kekasih IU ke ?", soalan yang begitu menyentuh hati.
"Bukan lah, budak baru tu sepupu aku. Dia yang sukakan IU", aku cuba menyembunyikan perasaan.
"IU nampak happy. Baguslah. Maknanya dia dah lupakan aku.
"Aku tahu hati kau sakit. Aku pun rasa benda yang sama.", aku mula mengalirkan air mata.
"Kenapa kau biarkan mereka rapat?",
"Aku tak nak halang kebahagiaan IU. Dia dah mula bahagia. Aku taknak rosakkan segalanya.",
"Kau chingu yang baik",mungkin Cheondoong hanya ingin memujukku.


Aku terus meluahkan segala kesedihan pada Cheondoong. Tanpa disedari, aku tertidur dalam dakapan Cheondonng. Sebaik sahaja aku bangun, dia melepaskan aku dari pelukannya. Baru aku sedar, sesi persekolahan sudah lama tamat.
"Gomawo~", aku terus berlalu pulang ke rumah memandangkan aku sudah lewat.
"Take care :)", Cheondoong melambai padaku. Aku hanya tersenyum.


Ketika aku sampai di rumah, aq lihat IU berada di depan rumahku sambil bersembang dengan Eli. Hatiku rasa pedih sekali.
"Suzy, dah lama aku tggu kau. Kau ke mana tadi?", soal IU tanpa rasa bersalah.
"Aku pergi minum. Mlas na balek rumah. Buat sakit hati je!", aku menyindir IU. Aku juga tidak memberitahu perkara sebenar bahawa aku bersama Cheondoong. Nanti, pasti IU terasa hati.
*HUH! Kenapa aku harus jaga perasaan IU?

0 comment (s):

Post a Comment